CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 19, 2010

Apakah Kesudahannya?

Manusia selalu leka dan alpa tentang hakikat penghidupan..ramai yang maseh belum serik melakukan maksiat kepadaNya..jadi cuba kita fikir sejenak apakah kesudahan kepada maksiat yang kita lakukan..adakah ia memberi kepada kita kebahagiaan ataupun kesengsaraan..jangan tertipu dengan helah dunia dan syaitan yang senantiasa menyelubungi jiwa manusia untuk terus tenggelam dengan kenikmatan dunia yang sebenar lubuk kesengsaraan kepada manusia..

Jadi sebelum kita melakukan sebarang maksiat cuba kita fikir sejenak dan menimbulkan persoalan buat diri kita sendiri..apakah kesudahan atau natijah yang kita perolehi hasil daripada maksiat yang kita lakukan kepada Allah Taala..jangan kita tenggelam dengan keseronokan pada permulaan kita lakukan maksiat..pada saat melakukannya memang lazat dan mengasyikkan..tetapi apakah kesudahan kita beroleh kebaikan??tidak!!bahkan timbul penyesalan yang tidak berbelah bahagi di atas perbuatan yang kita lakukan itu..cuba kita didik jiwa kita supaya dapat mengerti hakikat ini..kadang2 manusia tidak berfikir panjang dalam tindak tanduk mereka menyebabkan ramai yang tergolong di kalangan orang yang malang di hari perhitungan kelak..

Ramai yang tidak menggunakan akal sebaik mungkin dalam menimbang tindak tanduk seharian..sering melakukan sesuatu perkara secara mengikut hawa nafsu dan terpengaruh dengan rakan sebaya tanpa berpandukan dan berteraskan kepada tuntutan Allah dan Rasul

Kenapa Susah Sangat??

Kenapa kita susah untuk melakukan ketaatan kepadaNya
mungkin kerna terlalu byk melakukan maksiat memyebabkan kita tidak gemar untuk melakukan ketaatan,maksiat menyebabkan hati kita menjadi keras untuk melakukan ketaatan,apabila hati keras maka semakin susahlah untuk melakukan ketaatan,jadi teramat penting untuk penyucian jiwa dari sebarang kekotoran,apabila hati kita bersih dan suci mudah untuk kita melakukan kebaikan,bagaimana untuk menyucikan hati yang kotor,memperbanyakkan zikir kepada Allah Taala,membaca Al-Quran,menjauhkan diri dari maksiat,elakkan diri kita dari melakukan maksiat,apabila jiwa senantiasa kita bergelumang dengan maksiat dan perkara yang melalaikan maka menyukarkan diri kita mendekatkan diri kepadaNya.

Jangan Cari Pasal

Kenapa kita perlu mendedahkan diri kita kepada sesuatu bencana ataupun kesempitan dan kenapa kita tidak mengambil peluang untuk mendapat sesuatu yang memberuntung kita di kemudian hari?kita merupakan makhluk yang lemah dan serba kekurangan..jadi jangan kita membiarkan diri kita terjerumus ke lembah kebinasaan dan kesengsaraan dengan melakukan larangan dariNya.Apabila kita melakukan maksiat kepadaNya sebenarnya kita telah menempahkan diri kita ke lembah derita..jadi jangan sama sekali kita mencari nahas buat diri kita..jauhi dari segala perbuatan derhaka kepadaNya..jangan cari pasal dengan dzat Yang Maha Pedih AzabNya..

Kita adalah hambaNya yang begitu lemah,dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya.tanpa pertolongan dariNya,kita akan lemah dan longlai..sedarlah akan kelemahan diri kita dan kehebatan Allah Taala Yang Maha Agung.

Tuesday, February 16, 2010

Persediaan Untuk Hari Esok

Salam..minta maaf byok2 deh dek kerna membuat anda tertunggu-tunggu posting yang berikutnyer..posting kali ini berkisar tentang peringatan ataupun tazkirah untuk diri yang dhoif ini..aku merasakan diriku ini terlalu jauh dariNya..aku terlalu rindukan ketenangan yang aku miliki sebelum ini dalam meneruskan kehidupan ini..Ketenangan merupakan perkara yang diidam-idamkan oleh semua orang yang beriman kepadaNya..jiwa yang tenang akan melahirkan insan yang bahagia..

Jadi untuk renungan bersama..marilah kita menghisab diri kita setakat mana persiapan ataupun bekalan yang kita persiapkan untuk bertemu dengan Pencipta Yang Maha Agung..sebenarnya diri ini selalu alpa dan lalai dalam menpersiapkan diri untuk bertemu denganNya..Kenikmatan dan keseronokan di dunia telah melupakan kedahsyatan hiruk piruk di hari kemudian..cuba kita ambik masa sejenak untuk kita bayangkan keadaan kita di hari esok..adakah kita di kalangan orang yang bahagia atau sebaliknyer..

Apa yang pasti..janji Allah itu Maha Benar...cuma kita menghitung hari untuk berhadapan dengan saat itu dan kita akan berhadapan dengan situasi itu..beruntunglah orang yang mendapat kaseh sayang dariNya..dan amat rugi dan sengsaralah orang yang mendapat kemurkaan dariNya..

Disebabkan jiwa kita diselubungi dengan rasa cinta kepada dunia..dan benci kepada kematian..menyebabkan kita lupa untuk membuat persiapan yang terbaik untuk hari pembalasan kelak..kita tidak mengutamakan perkara yang lebih utama dalam hidup kita,perkara yang merupakan pokok utama dalam hidup ini.Kita lebih menumpukan kepada suatu perkara yang langsung tidak memberi maafaat untuk hari esok,dan terlebih malang kita persiapkan diri kita dengan kesengsaraan dan kebinasaan untuk hari esok dengan menimbulkan kemurkaan Allah Taala...

Jadi..tiada bekalan ataupun persiapan yang lebih baik selain daripada mempersiapkan diri kita menjadi hamba yang bertaqwa..iaitu melaksanakan segala perintah dariNya dan meninggalkan segala larangan2Nya...Di sana terdapat musuh2 ataupun halangan2 yang perlu kita tempuhi dalam merealisasikan sifat taqwa dalam diri ini..Antara musuh2 utama adalah nafsu yang sentiasa menghendaki keburukan dan syaitan yang berusaha untuk menyesatkan bani adam..

Jadi bagaimana hendak berhadapan dengan musuh2 ataupun halangan2 ini..kita perlu bekalkan diri kita dengan keimanan dan ilmu yang tinggi dalam menghadapi @ mengharungi halangan2 tersebut...Iman dan ilmu merupakan tonggak utama dalam melahirkan insan yang bertaqwa.Kita sama2lah berusaha untuk meningkatkan keimanan dan keilmuan kita dalam mendapatkan sifat taqwa sebagai bekalan yang terbaik untuk kita bawa bertemu dengan Allah Taala..wa ALLAHu a'lam bishowab...