CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 12, 2009

DUA TITIK PENTING


"Kebanyakan manusia terkapai-kapai mencari haluan hidup masing-masing,kadang2 mereka hanyut dan terus hanyut tanpa ada tali untuk mereka bergantung.

Jadi Allah Taala menurunkan Rasul2Nya untuk mengajarkan manusia tentang agama,agama inilah sebenarnya tali atau jalan bagi orang yang tersesat dalam kehidupan. Bertitik tolak dari sinilah kita amat memerlukan agama,orang yang menolak agama kehidupannya sama sekali tidak akan tenteram.

Jadi untuk saudara-saudara yang dikasihi,terdapat dua nilai untuk diterapkan bersama,bagaimana untuk kita dapat suatu kekuatan untuk mengamalkan agama dalam hidup kita,pertama kita perlu melaksanakan apa yang dikehendaki oleh Allah Taala dengan kita yakin bahwa setiap amalan yang baik ada nilainya yang mana nilainya tidak ternilai dengan dunia dan isinya,dan kita menimbulkan suatu persoalan dalam diri kita adakah apa yang kita buat kerana Allah itu sia-sia sahaja tanpa balasan pun,sebenarnya apa yang Allah Taala telah menyediakan untuk hamba2Nya yang soleh adalah amat-amat berbaloi dengan apa yang kita buat keranaNya dan ganjaran itu lebih berlipat kali ganda lagi.

Nilai
keduanya kita mesti meninggalkan apa yang dimurkai oleh Allah dengan menimbulkan suatu persoalan adakah sesuatu perkara yang berbaloi dengan maksiat kita yang lakukan itu jikalau kita nak bandingkan dengan keperitan atau kedahsyatan yang kita akan tanggung apabila kita dicampakkan dalam neraka jahanam,tentulah tidak,adakah kita sanggup kecapi nikmat maksiat yang bersifat sementara sedangkan kita lupa akan kesengsaraan yang tidak dapat kita bayang di akhirat kelak.


Jadi marilah kita bersabar hidup di muka bumi yang kita tumpang ini dengan Tuan yang Maha Agung tanpa kita membuat tuan punya bumi ini murka kepada kita.Marilah kita melakukan amal kebaikan sebanyaknya kerana disebaliknya sebenarnya tersimpan sejuta nilai yang kita tidak bayangkan dengan nilai permata.Jadikan sabar itu sebagai benteng dalam kehidupan kita kerana sabar itu bersifat dengan available.Di muka bumiNya kita laksanakan apa sahaja yang kehendaki olehNya dan kelak kemahuan kita pula akan diturutiNya.kalau kita lakukan sebaliknya,sebaliknya akan kita perolehi.

1 comments:

Nothing Special said...

salam.ust.wey hebat leni.kagum ana