CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 15, 2009

Masih mencari hala tuju,.

Ramai lagi manusia hidup yang terkapai2 tanpa tempat pergantungan,mereka lupa akan matlamat hidup mereka bahkan mereka terus hanyut dengan arus keduniaan,tiada dalam jiwa mereka melainkan rasa cinta kepada dunia,mereka belum mengenali dengan lebih mendalam apakah itu dunia,walaupun sering kali ditipu tetapi maseh berdegil untuk terus ditipu sehinggalah dia meninggalkan dunia yang fana ini,setelah itulah dia baru mengerti bahawa dunia ini tidak bernilai sedikit pun apabila tidak ada hubungan dengan penciptanya..

Setakat mana nikmat dunia yang ingin dikecapi oleh seseorang..penghujungnya apabila dia akan bertemu dengan pemisah segala kenikmatan..di saat itulah betapa pahitnya masa yang dilalui tanpa dihubungkan dengan penciptanya..dan betapa manisnya saat bersama penciptanya..

Matlamat pemain bola adalah gol,dia tidak akan target melainkan untuk menyumbat gol seberapa banyak yang mungkin,kerana hala tuju dia telah jelas di hadapannya..dia akan berusaha keras untuk mencapai matlamatnya..begitulah perumpamaan yang dapat kita buat untuk diri kita..adakah kita sudah lihat matlamat hidup kita?tiada yang lebih bernilai dalam hidup ini melainkan kita mendapat rahmat dan redha dari Nya..bukan kita bergantung kepada amalan2 dan ibadat kita..kerana tidak ternilai dengan nikmat yang kita kecapi..

0 comments: