CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 27, 2009

IKHLASKAN JIWAMU..

Terlalu rugi jika detik2 yang berlalu tanpa dirimu isi dengan sesuatu yang teramat berguna pada dirimu pada hari esok kelak,semudah-mudah amalan adalah dirimu menggerakkan atau basahi lidahmu dengan zikrullah dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,sesuatu amalan yang teramat mudah dan memberi sesuatu yang tidak dapat dirimu jangkakan di mana hari ramai yang menyesal...jadilah golongan yang beruntung..sebenarnya Allah Taala menjanjikan sesuatu ganjaran yang teramat-amat berbaloi untuk hambaNya yang melakukan sebarang amalan kebaikan,walaupun sebesar zarah termasuk dalam perkiraan Allah Taala.Dia Maha Kaya,Dia teramat mampu untuk memberikan apa saje dan sebesar-besar ganjaran kerana Dia memiliki segala sesuatu.Tapi ingat kalau dirimu berbuat maksiat ataupun derhaka kepadaNya,walaupun kesalahan yang kecil,adakah dirimu sanggup untuk menanggung azab dariNya,andai kata dirimu mampu untuk berhadapan dengan azab dariNya,buatlah maksiat tersebut..dan sememangnya dirimu tidak mampu untuk menanggung azab dariNya kerna dirimu terlalu lemah.

Orang yang bijaksana akan fikir sesuatu yang memberuntungkannya untuk hari esoknya,dan tiada sesuatu yang memberuntungkan melainkan apabila dikaitkan dengan Sang Pencipta,dan pasti akan bernilai.Dan apabila sesuatu perkara dilakukan tanpa mengaitkan dengan Sang Pencipta,amalan tersebut menjadi sia-sia.

0 comments: